Program vaksinasi COVID-19 negara dijangka mengambil masa sehingga 18 bulan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.<br /><br />Justeru, beliau menyarankan supaya negara bersifat fleksibel dalam mengimbangi portfolio vaksin yang mungkin berubah dari semasa ke semasa, bergantung kepada data klinikal baharu.
